Tuesday 7 May 2013

MASAK

Saya suka memasak. Tapi selalunya saya susah untuk mencari masa untuk memasak sesuatu yang istimewa macam orang lain..Orang kata kerja cikgu ni best, banyak masa..Tapi saya selalu terfikir, saya tak cukup masa..mungkin kerana rutin harian saya berbeza dengan orang lain.  Selalunya balik dari sekolah dah hampir pukul 5( walaupun saya mengajar sesi pagi) dan saya akan mula masak masakan yang ringkas dan cepat. Waktu malam saya pula boleh dikatakan penuh kerana saya akan mengikuti suami ke masjid. Pulang ke rumah selepas solat isyak selalunya paling cepat adalah pada jan 9.30 malam.. Sampai di rumah saya boleh melakukan sedikit kerja rumah yang biasa seperti membasuh,menyidai dan melipat kain.. Masuk pukul 10:30 mata dah mula mengantuk..so terusla Zzzzzzzz...Hujung minggu juga jadual saya selalunya padat dan sangat jarang berada di rumah..so bila agaknya saya boleh mula memasak?? hehehe
Atau mungkinkah semua catatan di atas adalah alasan semata-mata..hehehe..

Sunday 5 May 2013

Saya rindu bumi haramain...

Saya sangat merindui kedua-dua bumi ini... Aromanya meruap2( pinjam ayat kak roza)..satu keistimewaan yang tak dapat diperoleh ditempat lain.. Allahuakbar rezekikan aku untuk menziarahi bumi ini sekerap mungkin ya Allah...Kita sentiasa rasa diri istimewa apabila berada di kedua-dua bumi ini.. Masakan tidak kerana kita digelar tetamu Allah.. Bukan tetamu raja atau menteri..menjadi tetamu raja atau menteri sahaja kembangnya hati tak terkata, inikan pula kita sebagai tetamu Allah..

Wednesday 1 May 2013

Anugerah dan Amanah..


ANUGERAH DAN AMANAH

Assalamualaikum..Tahun ini masuk tahun ketujuh usia perkahwinan saya.  Dalam tempoh ini pelbagai pengalaman hidupsuka dan duka saya tempuhi.  Dalam tempoh ini juga sudah pasti pelbagai  ujian nikmat,kesihatan dan perasaan yang saya hadapi.  Kalau hendak dihitung rasanya tidak mampu saya menghitung nikmat yang Allah telah berikan kepada saya. Namun saya di uji dengan satu kekurangan (mungkin itu yang lihat oleh orang lain).  Saya yakin bukan saya seorang sahaja yang menghadapi ujian ini.ANAK…Yasaya agak tertekan memikirkan soal anak.  Pada awal usia perkahwinan (mungkin setahun-3 tahunsaya agak tertekan dengan persoalan ini kerana ia melibatkan orang-orang terdekat seperti ibuibu mertuaadik-beradik dan rakan-rakan saya.  Kekurangan ilmu di dada juga menjadi salah satu faktor menyebabkan saya tidak dapat menerima keadaan ini dengan baik.  Lumrah orang yang telah mendirikan rumah tangga akan ditanya tentang anakApabila mendapat seorang anakakan ditanya pula tentang anak kedua dan begitulah seterusnya.  Bahkan orang yang sudah mengahwinkan anak juga akan disoal pula tentang cucu.  Saya tidak tahu soalan-soalan yang diajukan itu adakah memang ikhlas ingin tahu atau ingin menyatakan kelebihan diri sendiri atau mungkin juga mempersoalkan tentang kekurangan orang lain. Terpulanglah kepada niat orang yang bertanya dan saya hanya perlu bersangka baik.Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.                                              Saya seorang guru sekolah rendah.  Ruang lingkup pekerjaan saya bergelumang dengan kanak-kanak yang sedang membesar dan dahagakan ilmu dan kasih sayang.  Allah tutup kekurangan saya dengan tanggungjawab yang diberikan kepada saya. Sepanjang 8 tahun saya berkhidmat di sekolah inipelbagai ragam kehidupan yang Allah tunjukkan dan ajarkan kepada saya.  Itu pada pemikiran saya.Sungguhanak itu ialah anugerah dan amanah kepada ibu bapa. Kadang-kadang saya sedih melihat anak-anak yang sedang membesar seperti mereka diberikan kasih sayang secara membabi buta oleh ibu bapa.  Maksud saya anak-anak yang dibiarkan melakukan apa sahaja yang mereka kehendaki dan diberikan apa sahaja yang mereka ingini.  Mereka adalah amanah yang akan dipersoalkan pada hari kiamat kelak.  Cubakita fikirkan bagaimana seorang anak yang hanya berusia 9tahun boleh meraba dan memegang kemaluan rakan perempuannyaseorang murid berumur 11 tahun menulis tentang fantasi seks dengan guru tuisyennyaseorang anak yang berusia 8 tahun boleh mencabar guru supaya memukulnya dengan muka yang langsung tiada rasa takut atau bersalah.  Baru-baru ini suatu insiden yang melibatkan kelas saya telah berlaku.  Awal-awal pagi beberapa orang anak murid saya mengemukakan aduan berkenaan kelas kami yang telah disabotaj.  Kerusi meja tunggang-langgangperhiasan-perhiasan di dalam kelas habis ditarik dan dikoyak-koyakkan.  Saya agak marah menerima berita itunamun saya hanya minta mereka mengemas semula kelas sebelum sesi pembelajaran pada hari itu berlangsung.  Keesokkannya perkara yang sama berlaku lagi dan kali ini lebih teruk lagiSaya adukan hal ini kepada pentadbir. Petang itusaya dipanggil ke pejabat. Rupa-rupanya dalang yang melakukan kerja-kerja ‘sabotaj'itu telah ditangkap oleh guru disiplin sesi petang semasa mereka melakukan operasi yang kedua.  Empat orang murid tahun 3 yang melakukan perkara itu.  Saya diminta untuk menyatakan kerugian dan gantirugi yang ingin dituntut kerana ibu bapa murid-murid berkenaan telah dipanggil.  Saya keluar dari pejabat.Guru disiplin petang mengekori saya kerana ingin menyatakan sesuatu kepada saya.  Menurut cikgu tersebut salah seorang murid yang tertangkapbaru kehilangan ibu tersayang pada tahun lepas dan ayahnya telah berkahwin lain.  Di rumah murid ini memang sudah lali dengan sepak terajang ayahnya.  Dia memberontak dan sangat tidak puas hati atas kematian ibunya. Seorang lagi ialah anak seorang banduan dan tinggal bersama ibunya.  Memang anak yang terabai dan selalu melakukan perkara-perkara yang akan menimbulkan kemarahan guru untuk menarik perhatian.  Menitis air mata saya mengenangkan nasib anak-anak ini.  Saya nyatakan kepada cikgu disiplin itusaya tidak mahu ganti rugi. Cuma nyatakan kepada ibu bapa mereka didiklah anugerah Allah yang diberikan kepada mereka sebaik-baiknya.Sebenarnya peristiwa inilah yang menguatkan lagi perasaan saya untuk menulis perihal amanah yang semakin dipandang mudah oleh masyarakat kita sekarang ini.  Amanah ini bukan hanya perlu diberi makan dan minum jasmaninya tetapi rohani mereka dibiarkan kelaparan sehingga menyebabkan kebuluran dan kematian.  Zaman anak-anak ini serba mencabar seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih.  Peranan ibu bapa juga saya lihat semakin mencabar.  Kalau dulu ibu saya yang mempunyai 11 orang anak tidak perlu risau ke mana anak-anaknya pergi bermainkerana tepat pada masanya kami akan balik ke rumah.  Sekarang ini langkah anak-anak ini lebih panjangkenalan dari seluruh dunia. Mungkin ada yang keluar dan tidak balik-balik lagi.Siapalah saya untuk memperkatakan tentang peranan ibu bapa.  Tidak, saya bukan hendak mengajar ibu bapa bagaimana untuk mendidik anak-anak.  Namun saya hanya ingin memohon supaya semua ibu bapa menjaga anugerah dan amanah ini sebaik-baiknya.  Kita bukan hanya perlu memberikan ilmu dunia secukupnya ,tapi ajarkan ilmu akhirat sebanyak-banyaknya kepada mereka.  Perjalanan hidup kita ini adalah untuk menuju ke dunia yang kekal abadi.    Mungkin Allah belum mahu memberikan amanah ini kepada saya supaya saya dapat membaiki kelemahan diri saya yang terlalu banyak.  Saya yakin kinisaya dan sesiapa sahaja yang senasib dengan saya tidak perlu bersedih. Sabagai manusia kita hanya perlu berdoa dan berdoa kerana saya yakin Allah Maha Mendengar dan Maha Pemberi.

Wallahualam..


Wednesday 10 April 2013

Di mana tandas di masjidil haram? :)

Pengalaman pertama sampai di Makkah sangat mengujakan .  Saya masih ingat bagaimana berdebarnya hati saya apabila bas yang dinaiki dari lapangan terbang terminal haji Jeddah semakin menghampiri Makkah.  Allahuakbar.. Allah sahaja yang mengetahui apa yang bermain dalam hati dan minda saya ketika itu.  Sampai sahaja di hotel, azan isyak berkumandang. Kaum lelaki hanya sempat bersolat di tepi jalan.  Saya terpaksa bersolat di dalam bilik hotel ketika itu, kerana jalan raya menuju ke masjidil haram ketika itu telah dipenuhi jemaah haji.  Suatu pemandangan yang indah melihat situasi ketika itu.  

Selesai semua urusan dan selepas makan malam, kumpulan kami di minta berkumpul di dewan makan.  Kemudian kami di bawa oleh seorang mutawif untuk melakukan tawaf.  Saya melakukan haji ifrad, jadi saya hanya melakukan tawaf qudum ( tawaf selamat datang) selesai tawaf saya melakukan saie haji.  Selesai dua perkara tersebut, kami pulang ke hotel untuk berehat.  Saya masih dalam keadaan antara percaya dengan tidak bahawa saya telah sampai di makkah.  Dalam perjalanam pulang ke hotel, saya berkata kepada suami, "sayang, kenapa saya tak boleh menangis apabila memandang kaabah?".  Suami saya hanya diam dan senyum.

Pagi esoknya kami ke masjid seawal jam 3 pagi. Selepas azan pertama dikumandangkan,  saya mula rasa tak selesa.  Rasa mahu membuang air kecil.  Saya cuba menahan.  Saya fikir nantilah lepas subuh, balik hotel baru buang. Namun makin ditahan, rasa nak membuang semakin menjadi-jadi.  Saya panik sebab saya tak tahu di mana letaknya tandas yang terdekat.  Saya perlu ke tandas untuk melepaskan hajat walau apapun cara. Saya bingkas bangun untuk keluar dari masjid.  Allahuakbar saya terfikir kalau saya keluar, bagaimana mungkin saya dapat masuk semula ke masjid? Waktu subuh semakin hampir, para jemaah mula membanjiri masjidil haram. Saya sampai di pintu 1 masjidil haram.  Saya lihat dataran di luar sudah dipenuhi jemaah.  Hampir mustahil utk saya melangkah keluar melawan arus para jemaah yang berpusu-pusu memenuhi masjid.  Saya terdesak dan mula memberi salam untuk meminta laluan.  Ada yang memberi laluan namun ada juga yg terpaksa dilangkahi kerana enggan memberi laluan mungkin mereka fikir saya mahukan tempat untuk solat. Akhirnya saya sampai di tangga.  Tanpa melihat kiri dan kanan, saya terus menuruni tangga tersebut untuk mencari tandas.  Dalam hati saya berdoa dan memohon perlindungan Allah.  Saya seperti berada di dalam terowong bawah tanah yang gelap. Saya memberanikan diri berjalan dan terus berjalan. Jauh saya berjalan, namun masih belum menemui apa yang di cari.  Saya cuba bertanya seorang jaga yang saya temui. Dia hanya menunjukkan isyarat tangan supaya saya terus berjalan ke hadapan.  Alhamdulillah, akhirnya saya temui tandas setelah berjalan lebih 15 minit.  Rupa-rupanya saya telah sampai di stesen bas di dalam terowong tersebut.  Selesai menunaikan hajat, saya berjalan pantas menuju ke masjid.  Langkah saya laju namun apabila sampai di tangga saya lihat keadaan sangat mustahil untuk saya naik semula ke atas kerana telah ada jemaah yang sudah membuat saf untuk solat di atas tangga tersebut! 
Tiba-tiba azan subuh berkumandang.  Saya lihat org ramai mula membuat saf di dalam terowong tersebut.  Mahu tak mahu saya terpaksa solat subuh di situ tanpa alas atau sejadah.  

Selesai solat, orang mula berpusu-pusu menuruni tangga. Saya terpaksa berlindung di tepi tangga untuk mengelak daripada di langgar atau dihimpit.  Apabila keadaan semakin reda, barulah saya naik dan masuk semula ke dalam masjid.  Ketika itu perasaan saya bercampur baur.  Takut, sayu, sedih bermain-main dalam diri.  Saya pergi ke suatu sudut  yang agak lengang dan merenung kaabah sedalam-dalamnya dan mashaaAllah saya menangis semahu-mahunya ketika itu. Saya mahu menangis di hadapan kaabah. Allah beri keizinan saya menangis. Saya bertekad selepas ini kalau rasa hendak ke tandas saya akan pulang ke hotel sahaja.

Aku, suatu ketika dahulu..

Saya ni dari kecil bersikap kasar. Kadang-kadang lebih dari orang lelaki.  Suatu hari nak jadi cerita, masa tu saya baru dalam darjah 2.  Abah lambat balik rumah tengah hari tu untuk hantar pergi sekolah.. Tunggu punya tunggu dah dekat pukul 1.30.  Sekolah dah mula lebih 10 minit tak silap saya.  Entah kenapa hati ni nekad nak pergi sekolah juga hari tu, dengan yakin saya pun bangun dan sarung kasut. Saya pun mula jalan kaki untuk ke sekolah.  Zaman tu, saya agak ibu bapa tak berapa risau dengan keselamatan anak-anak ketika di luar.  Mungkin juga suasana zaman tersebut berbeza dengan zaman sekarang.  Saya pun berjalan, sambil dalam hati merungut2 sebab kelewatan abah.  Dalam hati sentiasa mempersoalkan macam mana abah boleh lupa nak hantar saya pergi sekolah. Sampai pertengahan kampung, seorang makcik ni tegur saya, " lambat pergi sekolah hari ni".  Saya pada ketika itu masih dalam keadaan tertekan kerana lambat ke sekolah menjawab sepintas lalu sambil menjalan tanpa memandang makcik tersebut.  "Dah nampak orang lambat, tanya lagi.. Ada juga yg kena lempang kang makcik ni" seingat saya, saya cuma berkata sangat perlahan sambil berjalan dengan keadaan muka yang masam mencuka. Pertengahan jalan, betul-betul selepas jambatan di kampung saya, tiba-tiba sebuah motorsikal yang sangat saya kenali berhenti. Lega hati saya sebab tak perlu menapak sampai ke sekolah dan menyeberang jalan besar pekan Tapah. Sampai ke sekolah memang dah sangat lewat.  Saya ni hati kering, masuk kawasan sekolah, saya terus masuk ke kelas dan beritahu cikgu yang mengajar pada waktu itu tentang kelewatan saya. 
     Petang itu, pulang ke rumah macam biasa, saya terlupa tentang peristiwa di tengah jalan dengan makcik tadi.  Sangka saya dia tidak mendengar omelan saya yang pedas tersebut. Tiba-tiba opah panggil saya. " Apa yang kau cakap dongen mak cik *** tongah hari tadi? Soal opah pada saya dalam bahasa rao yang pekat.  Terkejut besar saya. Rupanya orang tua tu dengar apa yang saya katakan. Tapi dalam keadaan terkejut tu, laju je mulut saya menjawab, " Dah yang dia sibuk-sibuk nak tanya dah tau orang lambat, kenapa? Lain kali kan bagus kalau jangan suka menyibuk". Mengamuk opah mendengar jawapan saya.  Saya dengan selamba berjalan terus masuk rumah saya.
Allah itu salah satu peristiwa yang sampai sekarang tak dapat saya lupa tenang kelancangan mulut saya masa kecil dulu. Kenapa begitu? Mungkin kerana saya ni jenis suka memerhati dan mempersoalkan sesuatu yang saya rasa ada sesuatu yang tidak kena pada hemat saya. Persekitaran saya membesar juga banyak membentuk personaliti saya ketika itu. Wallahua'lam

Monday 25 March 2013

Muhasabah...

بسم الله الرحمن الرحيم..
Allahuakbar.. Melatah atau marah2 mungkin bukan satu penyelesaian yang baik.. Atau memang bukan penyelesaian yang baik.. Allah pinjamkan sedikit kekuatan dan ketabahan menerima ujian kasih sayang-Mu kepada hamba mu yang lemah lagi dhaif ini ya Allah..  Jadikanlah segala ketentuan ini sebagai penghapus dosa-dosaku di dunia ini... Jadikan kesabaran dan ketaqwaan pakaian yang melindungi hati ku setiap masa wahai yang maha pemurah lagi maha pengasih.. Wahai yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati ku dalam agama-Mu dan dalam ketaatan kepada-Mu.. Allah tidak seberat mana ujian yang kau utuskan kepadaku berbanding dengan hamba-hamba-Mu yang jauh lebih hebat, jauh lebih bertaqwa, jauh lebih dalam rasa kecintaan kepada-Mu... Allah jadikan aku lebih dekat dengan-Mu, lebih dalam rasa kecintaan kepada-Mu.. Allah aku redha dengan segala ketentuan ini.. Janganlah ada tertinggal walau sekelumit rasa benci atau dendam dalam hati ku disebabkan perkara ini.. Hanya redha dan kasih sayang-Mu yang ku dambakan.. Ya rahman ya rahim ya zaljalaliwalikram.. Allahumma ameen..

Tuesday 19 March 2013

Kerana hamba itu adalah aku...


kerana hamba itu adalah aku
lemah dan tiada daya upaya tanpa bimbingan-Mu

kerana hamba itu adalah aku

lupa dan alpa dengan nikmat-Mu


kerana hamba itu adalah aku
aku mohon kekuatan daripada-Mu

kerana hamba itu adalah aku

mendambakan rahmat dan kasih sayang-Mu